Pages

Monday, November 14, 2011

Ini adalah lambakan entry


raya haji tahun ni, macam juga tahun sudah. aku x balik raya rumah. walaupun hati sangat-sangat mahu pulang ke kampung, disebabkan ketiadaan tiket, saya pasrah. so, aku dengan usu aku balik raya gombak. rumah uda. angah dah pindah masuk rumah dia.

sangat selekeh. bangun tdo terus siap tanpa lihat cermin k.

first raya, kitaorang buat soto. makan sampai kenyang. cuba sedapkan hati yang teringat kat daging kat kampung. raya ke-2, usu dah balik. hantar dia lrt Bangsar. Sambil-sambil ambil barang kat rumah angah. raya kedua buat spagetti cabonara.
Lepas hantar usu, aku ngan angah singgah Iceroom. Sedap gak. Harga dia pun x de la semahal tutty fruty tu kan. Around RM 6 - RM 10 kalau x silap.

makan iceroon kat sri gombak.

dah dapat, mesti la kena bergambar kn. nanti korang x dapat tengok lak gambar den. :P dan cubaan untuk berlagak kiut macam angah tidak menjadi. -_-

ni time dah nak balik. sempat lagi masuk kedai dan bergambar.
pastu, aku dok rumah sorang-sorang time angah g keje. sampai lah hari sabtu, dia keje half day. kitaorg decide nak g try makan Ayam Penyet AP. Disebabkan aku mengidam sangat nak makan kek, dia belikan secret recipe gak. angah memang baik hati. luv u. =)

macam biasa, kena bergambar dulu kan bila sampai kedai. :P

pose sama twinie..


ni menu hari tu. nasi aku masuk air asam boi angah. huhu.

kitaorang makan ayam penyet, udang penyet, nasi kosong dua, air asam boi, air manggo dan last minute order gulai pucuk ubi cili padi tu. rasa gulai dia pelik. x kena dengan selera kami. udang dia sedap. sambal dia terangkat sangat. PEDAS. bagi aku, biasa je. xtaw la. ada orang kata ayam penyet lain lagi best. yang ni pun angah bayar. RM 30 something. kekeke.

balik tu, sambil tengok AIM, kitaorg makan kek yang beli kat secret recipe. beli dua kek. tapi petang dah makan kek tiramisu. tinggal choc indul je.

konon celebrate b'day in advance la.
oh. yaya dah satu tahun dah. dah lama yaya dengan aku. no wonder kamu makin 'coklat' kan. hahaha. comot mane pun yaya, aku tetap sayang.

happy bufday yaya..you always be by my side..time nangis..time happy..luv u.. =)
amacam, panjang kan entry kali ni. banyak sangat benda nak cerita. macam ni la jadi dia. so, sebelum korang bosan, baek aku benti kat sini je. tata. jumpa lagi :P

* minggu depan bufday  dak kembar la =) *

Wednesday, November 2, 2011

wordless wednesday




Why is it that when you miss someone so much that your heart is ready to disintegrate, you hear the saddest song on the radio?






Monday, October 31, 2011

menakutkan!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

.





.
.
.
.

cmni rupa bila make up. menakutkan la. patutlah dia kata aku hodoh. hahaha. -_-

*edit gambar. xde keje*


Friday, October 28, 2011

tutty frutti yummy


malam tadi pergi makan tutty fruity dengan housemate. 4 orang semua. petang tu hujan. mula-mula, terfikir gak, boleh pergi ke x ni. dengan kilat yang acap kali keluar. tapi, lepas magrib, dah x hujan. kilat pun x banyak. so, kami semua pergi la melepak kat tutty fruity seksyen 7 tu.

kitaorang risau gak takot mende alah ni mahal kan. sebab ada orang kata mahal. aku bajet dalam RM 20 la habis. tapi x sampai pun. aku punya aiskrin RM 18.50. paling mahal antara membe-membe aku.






puas hati dapat rasa. sedap sangat. aku suka coklat dengan strawberry. korang macam mane? ^^



Friday, October 7, 2011

yaya kecik

welcome to our family yaya kecik. :)

yaya kecik dengan mr bulu-bulu



yaya kecik kiut!!

yaya kecik dan rakan-rakan
sume ni di order dari blog Cute!! ni. cantik kan. sume barang-barang dia pun kiut. harga dia RM10 sekor.

Saturday, October 1, 2011

bini-biniku gangster


hari ni adalah hari meluangkan masa bersama org tersayang. disebabkan aku dah lama nak tengok wayang, so, kitaorang tengok bini-biniku gangster. aku nak cite sinopsis dia pun, dah banyak ada kat tenet kan. so, korang cari sendiri. hehehe. cite dia aku kasi 3.5/5. ok la tu kan. kelakar la jugak. nak-nak time adengan mat saja. nak taw sape mat saja, kena tengok cite tu k.

bajet ayu la camni.

haa.. ni baru batol aku. amek gambar kena peace.

makan malam dengan nasi goreng seafood x sedap.

sonok gak rasa hari ni. walaupun keluar lama, tapi asyik rasa kejap je jumpa. hahaha. gatai hang ni aqilah oii~~

Friday, September 30, 2011

setelah lama menyepi


i'm back. bajet ramai la ternanti-nanti entry baru dari aku kan. cett. nan hadoo kau. bila dah lama x hapdet blog ni, rasa macam malas je nak mula manulis. sekarang pun dah jarang tinggal komen kat blog orang. baca je. silent reader la katakan. sem ni sem akhir aku. aku akan cuba usaha supaya dapat habiskan sem ni gak. hopefully. kecian abang aku dah lama tnggu aku kan. perasan sikit. pasni nak keje. kawen. bagi duit tiap-tiap bulan kat mak ayah. x semestinya aku kawen pas ni, ak x bagi jasa kat dorang kan. herm. ape yang ko melalut dah ni. dah. penat. nak rehat otak.

aku rasa rindu someone.

Love is missing someone whenever you're apart, but somehow feeling warm inside because you're close in heart.  ~Kay Knudsen

Monday, August 8, 2011

juadah berbuka #8


firstly, nak tunjuk juadah sahur pagi tadi. banyak gile. kari ketam, ikan bawal berlada, pulut sotong dan makaroni goreng. makan sampai rasa x larat nak bawa badan. hehe.


hari ni lak berbuka kat luar. makanan kat rumah dah habis. lauk pauknya adalah....



milo ais. aku punya.

bandung cincau.

ayam masak thai ke ape ntah. lupa. tapi seyes sedap.

udang butter. sedap gak.

dessert. makan sikit je disebabkan kenyang dan rasanya seperti kuah kacang yang manis. haha. nama aku lupa.

pendek kata, makanan sume sedap la. berbaloi la makan habis sampai RM40 lbh. :)

Sunday, August 7, 2011

juadah berbuka #7


hari ni berbuka dengan makaroni goreng. menghabiskan lauk pauk yang ada dalam peti sebab selasa ni nak g pantai dalam. jumaat balik kelantan. kali ni, masak x guna sebijik pun cili. sape kenal aku, mst pelik sebab aku hantu cili. saja malas makan pedas. takot sakit perot. :)




Saturday, August 6, 2011

juadah berbuka #6

hari ni berbuka kat kfc. mak sedara ajak berbuka sama sambil celebrate bufday anak bongsu dia. makan x de la banyak sangat. tapi seyes kenyang gile. makan ayam seketul je kot.


sepupu aku. malu-malu lak nak amek gambar. dia memang x suka bergambar.

makanan untuk hari ini adalah.... jeng jeng jeng..








banyak kan. kek ada dua. tapi tadi bukak satu je. cheese cake x buka.



ni dia kek untuk adik zaid zafran. selamat ulang tahun kelahiran yang ke-7. belajar pandai-pandai k. :)

balik tadi, mak njang aku tapaukan aku kek coklat, cheese cake dan ayam kfc. banyaknya. XD


juadah berbuka #5



hari ni berbuka dengan nasi tomato, ayam masak pedas, acar timun, sambal, puding dan buah anggur. tengah makan baru ingat nak amek gmbar. memang x dapat la. huhu. ni semua buatan sendiri taw. kekeke.


tadi ada orang tertinggal phone. so kitaorg call member orang tu, bagitaw member dia tertinggal phone. :)


Thursday, August 4, 2011

juadah berbuka #4


hari ni berbuka dengan nasi kerabu bazar punya. berjaya meredah hujan dan orang ramai. hujan-hujan pun, ramai gak orang yang pergi bazar. asyik accident payur dalam bazar sebab kebanyakan orang berpayung. hujan la katakan. hehehe. nasi dia ok la gak. orang kelantan yang jual. banyak lak tu. nasib baek solat dulu baru makan. :)

Wednesday, August 3, 2011

juadah berbuka #3



puasa ke tiga. hari ni berbuka dengan nasi + gulai ayam. simple lagi. tapi dah cukup kenyang. aku kalau makan gulai atau kari, mesti kena letak kicap. baru best. ada lagi lebih gulai untuk makan sahur nanti. :)

Tuesday, August 2, 2011

juadah berbuka #2

semalam, ingat maw pergi jalan-jalan bazar. cari makanan untuk berbuka. tapi time sahur, nasi banyak lagi yang x habis. so, hajat untuk ke bazar terbantut. berbuka kat rumah je hari ni.


abaikan nasi yang kelihatan kosong. tuan blog x makan sayur. camni la jadinya. :P

hari ni goreng nasi je. ayam tu aku perap dulu dengan halia, bawang putih, bawang besar, sikit serbuk kari, sikit kiub ayam, lada sulah dan secubit garam. mula-mula ingat nak goreng biasa. tapi takot x lalu lak nak makan. so, kena la rajinkan diri sikit masak. siap makan, makan sebiji oren sebagai pencuci mulut. :)


Monday, August 1, 2011

juadah berbuka #1


sandwish
hari first puasa. berbuka dengan sandwish double daker. inti sardin dan sosej. makan satu je berbuka. sebab kenyang minum air banyak. pasni nak makan lagi satu. minum air masak pun dah cukup. diet la katakan. hehehe. sambil masak, sambil perang dengan asap foging. orang foging datang sembur sampai pintu rumah. rasa dah cukup bersyukur makan sandwish. akak aku berbuka dengan meggi je. hahaha. :P

Sunday, July 31, 2011

ramadhan datang lagi



:: malam tadi kena gastrik yang paling teruk. sampai nak nangis, x keluar air mata. nak muntah, keluar angin je. kaki badan semua kebas. tapi nasib baek sekarang dah ok. pengajaran kepada diri sendiri supaya makan jangan tangguh.


Monday, July 25, 2011

fakewall

hallo. ni hah. nak ajar kome-kome semua ni, buat fake status kat fb. tapi bukan aku la yang ajar. korang g tengok sendiri tutorial dia kat sini. memang seronok la buat benda ni. ekceli, aku dok jalan-jalan kat alam maya ni, jmpa blog kakifacebook ni. dorang la yang ajarkan mcm mane nak buat. siap ada contest lg. korang nak join, bole la try. aku pun try buat gak td. 


aku punya fake wall

 try la buat gak. klu rajin, join contest dorg. tarikh tutup, 31 Julai ni. tata dan selamat mencuba. :D

Saturday, July 23, 2011

weekend!


malam tadi, aku pergi kajang. sebab jerry member kepada abang aku nak belanja sate kajang. fida ngan syed ikut sama. kitaorang org first yang sampai situ. aku pun first time sampai sate kajang haji samuri ni. so, kitaorang pun g la cuci mata kat gerai-gerai jual selipar and angry bird kat tepi. sempat gak sambar tiga ekor angry bird.

pastu, jerry ngan kak ila pun sampai. diikuti dengan 14 orang lagi lepas tu. ramai gile yang datang. aku ingat, gang-gang steamboat ari tu. hehe. tapi kan, nak komen la, pekerja dia g tutup kipas time kitaorg ada dok lepak-lepak kat meja lagi. taw la kitaorang dah siap makan. tapi, mane bole layan customer camtu. bila kitaorang g bukak balik kipas, dia pun datang tutup balik. memang sah-sah nak halu kitaorg.

balik tu, sempat lagi singgah kedai. makan nasi pulak kali ni.


nasi goreng cina tanpa sayur nama dia. hahaha.


first time kluar pakai cmni. abaikan cermin yang berdebu itu. :)


ok lah. nak fikir pasal FYP lak ni. huhu. malas je rasa.

:: what is my strength? hurm...

Friday, July 22, 2011

mood : risau


esok jumpa supervisor. progress x de pun. mati le cmni. tu pun sempat enjoy tgk harry poter la, looping cite sampai lebam la. kuikuikui. doakan xde sape-sape kena sembelih esok. amin.

Monday, July 18, 2011

harry potter yang awesome!


agak lama dah aku janji dengan akak aku nak tengok harry potter. mula-mula tu, macam x jadi je minggu ni nak g tengok. so, bila bincang nak g minggu depan, dia pulak keje. asyik keje je manjang. penat den camni. lepas bincang-bincang, aku pun setuju la g tengok ahad tadi. mula-mula, aku cakap nak kuar rumah kol 9 pagi. tapi, aku bangun lambat. kol 830 baru bangun. muahahaha. so, aku kua rumah kol 930 a.m. jumpa angah kat kl sentral.

kat kl sentral, memang kelam kabut la sikit kan. sebab ada komuter yang x leh jalan disebabkan kren jatuh. so, stesen kuala lumpur x leh guna. nasib baek komuter nak g mid dan balik klang x terjejas. sampai tu, kitaorang g cari external hd untuk angah. dia punya yang lama dah rosak. jalan-jalan, x jumpa yang berkenan. so, masuk makan kat domino. lama gak lepak domino. pastu baru g solat n tgk wayang. dah la, banyak lak aku bebel hari ni. macam biasa, layan gambar lak. :)

awal-awal dah jumpa giant lolipop. cam dalam farmville lak.

cuba untuk berlagak kiut dilarang sama skali.

gegar pun, nak masukkan gak. haha.

bergambar dalam domino yang kuning

nak masuk wayang pun kena bergambar lagi skali.

akak aku blanja tgk harry potter 3D weh. hahaha.


mcflurry lime yang sangat enak. :D

hari ni besday usu ngan kak siti tunang orang. happy bufday dear. 


semalam lak bufday adik aku yang ke 15. aku ngan angah kasi dia pashmina.
adik aku yang lagi kiut. mencik.!