Pages

Sunday, April 19, 2015

Resepi : Kerabu telur inspirasi che mat gebu


Bila kau dah jadi isteri selama bertahun, secara automatic ko akan hilang idea apa nak masak apa. This is what happen to me! Haha. Serius sakit kepala fikir nak masak apa. Bila tanya laki, laki i jawab "ikut la". Tak ke pening jadinya.

Pagi tadi, godek-godek website che mat gebu. Jumpa resepi kerabu telur. Aku macam, telur pun boleh jadi kerabu? So, pagi-pagi aku dah prepare nak masak untuk lunch. Jom. Check it out resepi. Senang sangat.

Bahan - bahan

Bahan A: Telur. Ikan bilis. Bawang. Carrot. Tomato. Telur didadar dulu. Ikan bilis goreng garing.

Bahan B: lada merah, cili padi. Belacan dibakar. Limau. Gula. Garam. Bawang putih.

Cara penyediaan

1. Sila tumbuk bahan-bahan yang perlu tumbuk.
2. Mayang halus bahan-bahan A.
3. Gaul rata bahan A and B

Siap!


Thursday, April 16, 2015

JJCM : Perasan minah korea dekat Ko Hyang



Amboi. Tajuk bukan main lagi. Nak perasan jadi kpop ape nya, kulit pun hitam legam. Ada hati nak jadi kpop. Haha. Hari ni pergi NCI. Replacement untuk ASE (application support engineer) sini. Aida pula kena masuk PJH. Replacement kata sana. Malam tadi lagi aida dah mesej ajak pergi makan makanan korea.

Pukul 12 lagi dah gerak pergi cyberjaya. Ko Hyang ni dah pernah pergi dengan angah dekat the gardens,mid valley. Time tu makan dobbuki. Takde la sedap sangat. So, kali ni, order makan lain pula.

So far, much more better than dubu dubu. Makan sampai licin ok. Pastu tersandar kekenyangan. Pegi la usha website dia dekat sini

Menu

Menu

Menu

Side dish. Ikan bilis sedap. Manis.

Chicken BBQ. Must try. Sedap. 9/10.

Lamb BBQ. Must try juga. 9/10

Yuk Gae Jang - for me. Kononnya rasa macam asam pedas , tapi tak pun. 

Pa Jeon. Sedap lagi yang dubu dubu.

Tuesday, April 14, 2015

Resepi : Karipap Sardin


Idea nak buat karipap sardin ni mai time laki aku mintak buatkan minum petang. Bahan available kat dapur limited memandangkan aku tengah oncall, so xde la keluar pergi beli barang.

Godek godek resepi kat internet, jumpa la resepi karipap sardin. Nampak senang. So, kak limah terus sinsing lengan baju, bersilat kat dapur. Moh kita usha bahan - bahan dan cara penyediannya (chef sangat aku).

Bahan-bahan

400g tepung
2 senduk minyak/butter/planta
Sedikit garam dan gula
Sejag air sejuk

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak sampai menggelegak. Dah gelegak minyak tu, masukkan ke dalam bekas yang mengandungi tepung gandum.

2. Kacau minyak dan tepung sampai texture jadi macam breadcrumb. *kacau dengan senduk kayu.kang tak pasal melecur tangan anak orang*

3. Masukkan garam dan sedikit gula dalam adunan tepung.

4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Sampai dapat texture doh.

5. Doh dibalut dalam plastic dan direhatkan selama 15 minit.

6. Dah boleh start kelim karipap.

* untuk inti sardin, just tumiskan bawang dipotong dadu. Masukkan sardin + potato yang dipotong dadu. Agak - agak dah masak, hancurkan isi sardin.





Monday, April 13, 2015

JJCM : Besarkan perut di Murni



Last weekend, aku pergi lunch dekat Murni, SS2. Biasala. Jumaat je, mesti nak makan tempat sedap-sedap. Jumaat je kot boleh keluar lama sikit. Hihi. Arah tuju kami kali ni, pergi murni. Lama gile x jejak kaki kat murni sini. Lepas kawen asyik pergi dekat sunway je.

So far, kami pergi awal. Xde la kena tunggu lama. Servis pun cepat. Makanan apatah lagi. Portion besar. Seksa ok nak habiskan satu portion makanan dia.

Air dia, unik ok. Sedap and banyak.



Sizzling chicken chop

Malam sabtu tu, aku pergi Murni sunway pulak. Makan nasi goreng chicken chop. Walla. Sedap ok. So, sila la pergi serbu ramai-ramai kat sana. Gerenti x menyesal. Anda akan pulang kekenyangan. 

Nasi goreng chicken chop
Nasi lemak ayam panda.

Wednesday, April 8, 2015

JJCM : New York Steak Shack



Hari tu aku ada pergi new york steak shack kat sunway pyramid. Perut tengah lapar. Pusing-pusing, tak tahu nak makan apa. Ternampak la NYSS ni. Tengok macam ramai je orang dok makan. So, apalagi. Cuba la kedai ni.




Please jangan tanya apa nama menu yang aku order ni. Sebab aku lupa. Haha. Yang penting, rasa dia sedap. Awesome! Presentation di cantik. Sos banyak. Steak tu, cair dalam mulut ok uolls.

Dah. Nak tengok menu apa lagi dia offer, pergi terjah website dia kat sini

Saturday, April 4, 2015

Kedai kek afrina



Kisahnya, aku jumpa kedai kek ni tahun 2013. Masa tu dok pusing-pusing kawasan rumah nak cari birthday cake untuk abah. Terjumpa la kedai kek afrina ni. Time ni dia still jual kek dalam fridge.

Aku beli kek coklat moist. Kek coklat moist dia memang sangat -sangat la moist. Dengan coklat ganace dia, memang sangat yummy.

Kali kedua, aku beli saja2. Still beli kek coklat moist. Siap bawa balik kampung kat kelantan. Sebab angah and alia dok teringat kat kek yang moist tu. Last- last, tertinggal kat rumah mertua dekat terengganu. So, gigit jari je la dorang. Haha

Next purchase , time anniversary aku tahun lepas. Kali ni order black and white russian cake. Kek ni la paling top list. Harga pun boleh tahan ye akak-akak. Rm120. Kek dia besar, moist. Krim dia sedap. Rasa coffee yang tak ketara. Pendek kata, supperb la.

Semalam birthday my hubby. Still order kek yang sama. Sebab sedap sangat. So, kalau korang nak order kek dengan dia, pergi terjah blog dia sini

Lepas ni, nak try kek lain pulak. Dia pun pandai buat kek 3d semua ok.






Friday, April 3, 2015

Resepi : Pajeon


Hi. Ingat lagi tak hari tu aku ada pergi dubu-dubu. Kan aku ada test dia punya pajeon. So, keesokkan hari nya, aku pun test la buat pajeon ni. Ala. Dah rasa pun sebijik jempu-jemput bawang. Senang je la aku agak bahan-bahan dia.

Bahan-bahan

Tepung
Telur
Carrot
Cendawan
Cili padi (x suka pedas, x payah letak)
Garam
Kucai
Air suam

Cara-cara

1. Potong carot,kucai sepanjang satu inci.
2. Carik carik cendawan
3. Potong halus cili padi
4. Letak dalam satu bekas



5. Masukkan tepung, telur, garam,air. Agak2 adunan dah jadi macam adunan jemput jemput.



6. Gunakan senduk. Letak dalam non stick pan.buat bentuk pancake.
7. Agak2 dah garing. Boleh balik-balikkan.
8. Siap!