Pages

Tuesday, September 8, 2015

The Dusun Review : Advance Anniversary volume 3




Tadaa. Last weekend which is 5/9/2015 (nak juga post tarikh) aku pergi bercuti dengan my hubby. 

Actually, ni event kami tiap-tiap tahun. Untuk celebrate anniversary. Kalau ikutkan, kami punya anniversary bulan 11. Tapi disebabkan susah sangat nak book tempat ni, selalu sangat penuh, terpaksa cuti kami diawalkan. Hadoi. 





So, inilah tempat yang menarik hati sang jejaka dan permaisuri hatinya. Hahaha. The Dusun. Kalau korang nak bercuti 2 days one night only, booking hanya dibuka tiga minggu dari tarikh book. Tempat ni sangat private. Hanya dibenarkan 18 orang je satu masa berasa di The Dusun ni. Kenapa nama dia The Dusun? Sebagai mana namanya, The Dusun ni asalnya dari dusun durian. Seluruh kawasan ni banyak sangat pokok-pokok durian. Aku datang time dah habis musim. I iz sad. Kalau korang datang time musim durian, korang boleh menikmati keenakan raja buah ni secara percuma. Very tempting kan.
Kitaorg tempah Perling Air sebagai tempat penginapan kali ni. Note: The Dusun allowed dog dalam kawasan dia. Cuma Perling House sahaja not dog friendly. Sebab tu kami pilih rumah ni. Siap ada pagar untuk halang dog dari masuk kawasan ni. Owner The Dusun ada seekor doggie, namanya Maya.

Maya. Cheeky Doggie.
Haa. Maya mengintai di balik pagar. Tapi tak boleh masuk. Hihi

Rumah-rumah lain nama dia Perling Bukit, Sora, Berembun, Emas dan Tembusu. Ada dua pool dekat The Dusun. Satu infinity pool dekat dengan Perling house. Satu lagi pool dekat dengan Berembun house.

Berembun House. Dekat je dengan pool.

Jalan untuk ke The Dusun sangat mencabar okeh. Jalan sangat sempit dan bagi aku, 5times scarier than jalan ke Cameroon. Hahaha. Kalau korang tempah Perling House, pagar masuk ke sana lain dari pager masuk rumah lain. Korang kena pergi ke depan tuju Perling House signboard. Tapi disebabkan kami sampai awal, kami masuk ikot pagar The Dusun sebab staff yang jaga kunci Perling house tengah lunch.

Masuk ikot The Dusun, jalan sangat curam

Korang akan jumpa signboard ni kalau korang tuju Perling House

Lepas masuk simpang kanan antara masjid and balai polis, jalan je straight sampai korang jumpa signboard The Dusun


First time sampai, kami disambut oleh Haniim (i guess dia ni anak perempuan Halen) and Maya. Yang buat aku terkejut, Maya is huge dog. Haha. Aku siap menjerit bila Maya nak datang dekat. Husband aku rilex je sebab dia tak takut anjing. Haniim told us Maya is friendly dog. "Kalau u put your hand dalam mulut dia, sure dia tak gigit" kata Haniim. Tapi aku still takut dengan Maya. Kawasan the dusun sangat damai. Cuaca dia, suasana dia. Aku terus jatuh cinta.

Pandangan sisi Perling Air


Ruang luar rumah. tempat lepak-lepak, bbq and makan. Ada kitchen kat sebelah. Lupa nak ambil gambar.

Toilet tu tutup dengan buluh je. Malam-malam mau menangis kalau nak ke toilet. Haha.
Infinity pool. Sebelah dia, baby pool.
Harus diingatkan, kalau korang stay dekat sini, better bawa terus stok makanan sebab once korang dah sampai, agak susah untuk cari makanan dekat sini. Pagar rumah akan ditutup pukul 7/8 malam. Aku dah prepare sandwish pagi buta. Sampai sana, ak beli KFC untuk aku and husband aku tapaukan nasi untuk lunch dia. Kami sampai awal. Around 12. So, kami round kawasan Jelebu. Setiap rumah ada kitchenette. Korang boleh masak. The Dusun ada provide rempah ratus, minyak, tempat untuk BBQ ( kami prepare barang sendiri untuk BBQ), water supply, tea, nescaffe, gula. Kalau korang nak minta staff dia sediakan tempat bakar bbq, staff dia akan datang pukul 6:30 petang untuk nyalakan api.

Our lunch

Aktiviti dekat sini, korang boleh refer website dia --> Aktiviti The Dusun. So far, tak banyak sangat aktiviti kami buat. Asyik berendam dalam infinity pool je. Petang tu ada la jalan-jalan kawasan dusun. Pergi Deer Farm. Ada tiga ekor rusa dekat sini. Infinity pool tu macam kami je punya. Tak de orang pun masuk. Hahaha. Sampai kecut jari-jari lama sangat berendam.

Kawasan Patio

The Dusun Cafe/Kitchen

Signboar tuju deer Park

Korang akan jumpa Emas house masa menghala ke Deer Park

Hi My Deer



Ni Perling Air. Dekat je dengan infinity pool.


Malamnya, kami start bbq around 6:30 gitu. Kejap-kejap alihkan tempat bbq sebab hujan renyai-renyai. Menu kami malam tu, ayam, udang, daging burger. Bila malam melabuh tirai (metafora sangat kau) , aku terkejut campur takut. Sebab suasana dia sangat gelap dan sunyi. Lampu dalam bilik pun malap menambah kan lagi ketakutan yang sedia ada. Nak masuk jamban pun aku takut sebab lampu toilet sama macam lampu bilik. Malap kaler kuning. Mula-mula ingat nak lepak main kolam lagi malam tu. Tapi dekat pool pun takde lampu. (Sedey). Nasib baik aku bawa laptop. Malam tu layan movie American Snipper.


Our ingredient. 

Terpaksa alihkan BBQ pit sekejap sebab hujan rintik-rintik

Chef. 


Malam layan movie dari laptop je. Tengok la lampu malap je. Mana gue tak takut.

Esok pagi, around pukul 9, staff dia datang bilik kami hantar kan breakfast. Breakfast dia meriah uolss. Ada nasi lemak, rendang ayam, kuih kasui, honeydew, jus tembikai, coffe and creamer. Tak habis pun kami makan. Banyak sangat. Nasi lemak dia sedap. After breakfast, kami sambung mandi pool. Macam aku bagitahu, pool tu takde orang guna. Dah macam jadi private pool untuk kami. Hahaha.









Pukul 12, kami check out. Berakhir la tirai percutian di The Dusun.

Part Seronok: 

  • Sebab mandi infinity pool macam pool tu kami punya.
  • Suasana dia, memang tak pernah rasa. Aman je.
Part Kurang seronok:

  • Malam-malam sunyi sangat. Gelap sangat.
  • Infinity pool takde lampu. So, tak boleh lepak malam-malam dekat infinity pool.
  • Lampu bilik malap sangat. Aku takot. Hahaha.




Next vacation berdua, maybe bulan 11. Hahaha.